Monday, September 28, 2009

Syawal Pertama bersama Aqeel Zayyad








Perancangan awal utk pulang ke rumah mertuaku adalah hari Sabtu selepas sahur..tp pada hari terakhir keje, iaitu hari Jumaat kami ambil keputusan utk bertolak pada sebelah petang selepas waktu keje..syukur dapat kebenaran utk keje separuh hari saje pada hari tersebut, aku dan isteri pulang dahulu ke rumah membuat persiapan utk pulang ke Kg Kastam, Bagan Jermal, Butterworth Penang..setelah selesai, kami pergi ke rumah baby sitter Aqeel utk menjemput putera kesayangan kami ikut serta pulang (giler ape x bawak anak balik beraya sekali..hehehe) masuk ke tol Jalan Duta jam 6.30 petang kami memulakan perjalanan dgn kenderaan yg banyak di jalan raya..tiba waktu berbuka, kami hanya berbuka di dalam kereta sahaja kerana melihat kepadatan di setiap kawasan R&R disepanjang laluan..singgah sebentar di hentian sebelah Ladang Bikam utk merehatkan diri setelah hampir 2 jam perjalanan.. selepas itu meneruskan perjalanan dan berhenti sekali lagi di kawasan R&R Bukit Gantang utk membeli makanan dan minuman serta merehatkan diri..teruskan perjalan ke Butterworth dan sampai di rumah ibu & bapa mertua jam 12 tgh malam..Aqeel baru terjaga dr tido yg nyenyak..ibu & bapa mertuaku agak terkejut dgn kehadiran kami kerana mereka sangka akan sampai esok hari bersama kakak iparku..setelah membawa barang² kami masuk ke bilik utk merehatkan diri dan tido..jam 5 pagi kami dikejutkan utk bersahur bersama utk hari terakhir berpuasa.. selepas Subuh,kami tido kembali utk merehatkan badan yg masih terasa letih kerana menempuhi perjalanan yg panjang..setelah terjaga dr tido, kami lihat Aqeel sedang bermain dgn tok wan & juga nana diruang tamu..sungguh seronok mereka melayan telatah cucu..jam 12 tghari kakak ipar selamat sampai ke rumah setelah keluar dr rumah pada jam 5.30 pagi selepas sahur.. terpancar kepenatan dan keletihan dr wajahnya setelah mengharungi perjalanan yg panjang utk sampai ke kampung halaman..selepas Zohor, kami mengambil keputusan utk keluar soping kali terakhir kat Jusco Bandar Perda..setelah selesai urusan di situ, kami pergi ke pekan Bukit Mertajam utk megambil barang yg dipesan oleh ibu mertuaku..setelah itu, kami pulang dan sampai di rumah pada jam 6.00 ptg..setelah menyediakan juadah, kami pon berbuka bersama-sama utk Ramadhan terakhir pada tahun..sayu je rasa Ramadhan telah berlalu..byk kenangan dilalui bersama isteri dan anak tersayang sepanjang Ramadhan pada tahun ini.. semoga dapat kami lalui pada tahun² akan datang..setelah berbuka, kami mengemas rumah dan meyiapkan apa yg patut utk esok..jam 6.30 pagi, suasana raya jelas terasa..di tv kedengaran takbir memuji kebesaran Ilahi..Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Allah swt kerana memberi aku peluang untuk beraya bersama-sama isteri, anak dan juga keluarga mertua..setelah selesai sembahyang raya, kami saling bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain..syahdu btol perasaan bila terkenang keluargaku yg beraya di Hulu Langat pada ketika itu..setelah selesai, kami memulakan perjalanan ke Baling, kampung halaman bapa mertuaku..setelah penat beraya dari satu rumah ke rumah ahli keluarga yg lain, kami pulang semula ke Kg Kastam pada jam 6 ptg..seronok dapat berjumpa saudara belah pak mertua di sana..keesokkan harinya (raya kedua)kami pegi menziarah mak Yah+cik Omar+emy+zana diTasek Gelugor..makcikku yg pernah menjaga aku sewaktu kecil dahulu dan kami memang rapat antara satu sama lain..rezeki kami kerana dia tidak pulang beraya di Johor pada tahun ini dan dapatlah kami berjumpa pada hari dan bulan yg baik ini..seronok mereka dapat bermain dgn Aqeel semasa kami meluangkan masa dirumah mereka..selepas itu kami pon pulang semula ke Kg Kastam..raya ketiga (hari Selasa), compressor aircond kereta plak rosak dan kami mengambil keputusan utk hantar repair..pak mertuaku menunjukkan kedai yg biasa beliau pegi kat Raja Uda, tinggalkan kereta di situ dan pulang ke rumah..agenda arini utk pegi beraya ke rumah kengkawan sekolah bini aku..jam 12 tengahari, kawan bini aku datang bersama suaminya..setelah makan dan minum kami memulakan perjalanan utk beraya..singgah jap kat kedai aircond tu utk amik kereta yg telah siap dibaiki dan kosnya adalah RM410 setelah mendapat diskaun raya..dugaan yg kita tidak akan tau bila terjadi.. sampai di Sg Petani yg mana perjalanan perjalanan mengambil masa 45 minit ikut lebuhraya.. setelah hampir satu jam disitu, kami pergi ke Bertam pula menziarahi kawan isteriku dan dijamu dgn laksa..dapat jua makan laksa dihari raya..hehehe..selepas itu kami pulang ke rumah dan merehatkan diri..keesokkan harinya, hari Rabu (raya keempat) kami bertolak ke Ipoh utk beraya bersama adik-beradik belah mak mertuaku..sampai sana dlm jam 12 tghari, berkumpul di Fair Park rumah adik kepada mak mertuaku..telah dirancang utk mengadakan majlis BBQ di situ dan persiapan telah dibuat..ramai gak yg hadir utk memeriahkan majlis dan setelah Maghrib, pembakaran pon dimulakan..ada ayam, ikan, sosej, udang, kentang dan nasi goreng spesel..hehehe..semua orang yg hadir menikmati makanan dan juga suasana waktu itu..selepas makan acara main mercun dan bunga api..jelas terpancar keseronokkan disetiap wajah ahli keluarga yg hadir kerana dapat berkumpul bersama..diharap dapat diadakan lagi pada tahun² akan datang..selepas berkemas, kami pon merehatkan diri..esoknya hari Khamis (raya kelima) aku, isteri dan putera sulung kami keluar berjalan kat Jusco Ipoh..sempat gak bini aku soping satu baju utk putera sulung kami..hehehe..xde xtvt nak dilakukan pada hari tersebut sebab nak gi beraya umah kengkwn yg berada di Ipoh, mereka semua sibuk beraya ke rumah sanak saudara masing²..pulang ke rumah kami lepak merehatkan diri sambil layan tv..keesokkan harinya (Jumaat raya keenam), kami akan memulakan perjalanan pulang ke KL..jam 10.30 pagi kami keluar dari rumah dan menuju ke lebuhraya..sebelum menghampiri persimpangan Tapah, isteriku mengajak utk singgah sebentar ke Camreon Highlands dan dgn rasa seronoknya dari lebuhraya kami keluar ke Tapah dan menuju ke Cameron Highlands..perjalan mengambil masa 1 setengah jam utk sampai ke Tanah Rata dan putera sulung kami tidak banyak karenah sepanjang perjalanan..kami meneruskan perjalanan ke Brinchang utk makan tengahari..selepas itu kami teruskan perjalan ke Kea Farm utk xtvt membeli belah..untung pada masa tu musim jagung Cameron (dikenali sebagai Jagung Mutiara oleh penduduk sekitar) yg mana ianya merupakan kegemaran isteriku..beli jagung, sayur-sayuran dan juga bunga (bunga ni isteriku yg nak)..selepas itu kami memulakan perjalanan semula utk pulang ke KL..ikut jalan ke Simpang Pulai atas permintaan isteriku kerana laluan yg lebih selamat berbanding melalui Tapah..memasuki lebuhraya jam 4.30 petang dan kami teruskan perjalanan dari plaza Tol Simpang Pulai..singgah sebentar berehat kat Hentian Sebelah Behrang, salin pampers putera sulung kami..teruskan perjalanan ke KL dan sampai di rumah kami pada jam 7.00 petang..terasa panjang perjalanan kami hari ini utk sampai ke rumah dan terasa rindu dgn rumah kami setelah seminggu beraya di luar KL..isteriku tercinta menyiapkan makan malam dgn memasak sayur yg baru dibeli di Cameron Highlands sebentar td..selepas makan kami merehatkan diri dan tido..keesokkan hari Sabtu (raya ketujuh) kami pergi beraya ke rumah keluargaku di Hulu Langat..setelah itu kami ikut serta beraya ke rumah saudaraku di Balakong..jam 4.30 petang kami bertolak dari situ utk ke rumah kakak saudara isteriku kat Taman Melawati, Hulu Kelang..sampai di sana kelihatan ramai saudara yg telah hadir dan kami dijamu oleh tuan rumah..selepas Maghrib kami pulang ke rumah dan berehat..esoknya hari Ahad (raya kelapan) isteriku menyediakan American breakfast..lama dah x rasa sarapan sedemikian rupa..setelah itu kami berehat dan mengemas rumah..tengahari kami menerima jemputan utk hadir ke majlis rumah terbuka yg dianjurkan oleh salah seorang rakan sepejabatku di Ampang..selepas itu kami teruskan xtvt beraya ke rumah kakak saudara isteriku di AU2 Keramat..seperti biasa,selepas Maghrib kami semua pulang ke rumah masing² dan berehat kerana keesokkan harinya akan bermula tugasan masing² setelah seminggu bercuti sempena hari raya..terasa begitu pantas masa berlalu sehingga x sangka telah 8 hari beraya bersama isteri dan putera sulung..semoga kemeriahan berhari raya dapat diteruskan bersama pada tahun² yg akan datang..Selamat Hari Raya kepada semua..Maafkan segala kesalahan yg tersurat dan tersirat..halalkan makan dan minum..semoga persahabatan kita berkekalan dan dapat kita bersua dilain hari

No comments:

Post a Comment