Saturday, July 25, 2009

Johnson's Baby of the year 2009


Khamis 23 Julai 2009, mummy telah mengusulkan kepada daddy utk membawa anak kesayangan kami, Aqeel Zayaad utk satu sessi pencarian model bayi pada hujung minggu..dan masa telah tiba pada hari Sabtu 25 Julai 2009, buat pertama kalinya kami membawa anak kesayangan kami ke sessi Johnson's Baby of the year 2009 bertempat di AEON Setiawangsa..setelah mengisi borang dan penuhi syarat2 yg telah ditetapkan maka Aqeel Zayyad memulakan sessi pergambaran..buat pertama kalinya Aqeel Zayyad duduk di dlm kerusi baby dan membuat aksi yg mencuit hati kami..setelah selesai kami meneruskan aktiviti utk membeli-belah di situ..dah abis soping kami pergi lunch kat food court di situ..setelah selesai semuanya kami pulang

Thursday, July 9, 2009

Jalan² @ Bandung


Setelah 2 bulan setengah melahirkan anak, kami berpeluang utk berjalan-jalan bersama..lokasi kami adalah ke Bandung, Indonesia mengikuti opis trip wife ke sana..setelah kami memikirkan secara positif utk membawa putera kesayangan kami utk ikut serta walaupun mendapat bantahan dari sesetengah pihak, kami tetap dgn pendirian yg kami pilih utk membawa Aqeel Zayyad merasai keseronokkan bersama..pada pagi Khamis, 28 Mei 2009, jam 5.30 pagi kami telah bangun utk siapkan diri dan mengejutkan putera kesayangan kami dr tidurnya..kesian melihat Aqeel Zayyad dgn wajah terpinga-pinga dikejutkan dr mimpi yg indah utk menyiapkan beliau..maafnye Aqeel Zayyad mummy and daddy kejut pepagi..jam 6.00 pagi, rakan pejabat wife sampai di rumah menjemput kami dan kami keluar dr rumah menuju ke KL Sentral utk menaiki bas ke LCCT..sampai di LCCT jam 8 pagi, daftar masuk, breakfast dan sessi bergambar..kami dibekalkan topeng muka bagi mencegah penularan wabak Influenza A H1N1 yg sedang tersebar..selapas itu kami menuju ke balai menunggu dan tidak menyangka bertemu dgn rakan kerja di situ yang juga akan ke Bandung bersama ahli keluarga beliau..dalam jam 9.40 pagi kami menaiki pesawat..putera kesayangan kami tidak banyak meragam dan menunjukkan tingkah laku yg baik sepanjang di dalam perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam..sampai di lapangan terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung dalam jam 10.40 pagi waktu Bandung..(kalo ikut waktu Malaysia jam 11.40 pagi..Bandung lewat sejam dr Malaysia)..kami telah dijemput oleh pemandu pelancong yg telah siap sedia menunggu kami di airport iaitu Pak Iwan dan kami semua menaiki bas pelancong utk ke bandar Bandung..sepanjang perjalanan Pak Iwan bercerita mengenai sejarah Bandung, merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya..Bandung dikenali sebagai Paris Van Java,yg mana mengikut sejarah lampau,Bandung merupakan tempat istirehat bagi orang Belanda kerana tempat yg aman, tenang dan dingin..banyak bangunan peninggalan dr zaman Belanda di sekitar Bandung..kami semua dibawa makan tengahari ke satu restoran Padang yg menyediakan masakan Minang dan makanan dihidangkan utk rombongan kami..selepas itu kami menuju ke acara pertama utk membeli-belah di Jalan Dago dan tempat pertama yg dituju ialah FO Grande..mummy beli jaket Esprit ngan sweater kait di situ..kemudian kami jalan disekitar Jalan Dago,hujan pun turun..Aqeel Zayyad x buat banyak karenah,budak baik la katakan..hehehe..kami singgah beli kerepek Sukun yg jarang ditemui di Malaysia,sedap kerepek Sukun,maklumlah lama x makan Sukun..hehehe..pastu kami pergi ke butik yg menjual hasil batik,agak mahal juga harga yg ditawarkan,kami x beli ape² kat situ..hanya menjamu mata dengan koleksi yg dipertontonkan..hehehe..selepas itu kami ke Jalan Riau,tempat pertama yg dikunjungi ialah FO Heritage,kat situ kami soping baju utk Aqeel Zayyad..mummy dh keletihan,lepak ngan Aqeel daddy yg gi soping..hehehe..pastu daddy gi FO Formen, Summit yg berada di seberang jalan,x banyak pilihan yg ditawarkan dan xde beli pape pon kat situ..kami singgah kat gerai yg menjual bakso bersama geng² yg penat bersoping,sedap gak bakso kat situ sambil layan air strawberry..dalam jam 8.30 malam,kami dibawa utk makan malam di restoran Sunda,mmg sedap masakan Sunda,kami makan ikan Garume yg sememangnya akan dirindui..hehehe..lepas makan kami semua menuju ke hotel..kami menginap di Topaz Galeria Hotel,walaupun jauh skit dr town tp tempat mmg best..besebelahan dgn The Rock Cafe yg dimiliki oleh Ahmad Dhani dr kumpulan Dewa19..masuk bilik kami bersihkan diri,Aqeel x mandi pon,mummy lap je badan Aqeel sebab dh malam..lepas tu mummy trus tidokan Aqeel, penat sgt budak tu ikut mummy ngan daddy berjalan sepanjang hari..mummy ngan daddy wat massage utk hilangkan rasa sakit² badan dan lepas tu mummy pon tido..daddy kuar lepak ngan geng² yg ada utk melayan live band kat The Rock Cafe,mmg tempat bagi band tempatan beraksi kat situ..mmg layan sampai tutup..hehehe..dalam jam 1.30 pagi pulang semula ke bilik utk merehatkan badan dan otak kerana esok masih ade lagi aktiviti utk dipenuhi..hari kedua, Jumaat 29 Mei 2009 jam 7.00 pagi kami bangun utk siapkan diri..kat Bandung ni mmg suhu dia sejuk so masa tido x yah pasang aircond pon..mummy mandikan Aqeel kat sinki coz xde tempat utk mandikan dia,muka Aqeel konpius je sebab rasa x selesa kena madi kat tempat kecik sebab selalu kat umah mandi dlm tub,sian budak comel kami..pastu mummy pakaikan jaket yg baru dibeli semalam,siap ade hood mmg comel Aqeel Zayyad pakai..lepas siap² kami gi breakfast kat cafe..ramai dh yg ade kat situ dan makanan yg disediakan enak² banget..hehehe..pada jam 8.30 pagi kami menaiki bas utk memulakan perjalanan ke Gunung Tangkuban Parahu,merupakan gunung berapi yg masih aktif di Indonesia dan kali terakhir meletus pada tahun 1990an..perjalanan mengambil masa selama sejam,sepanjang perjalanan cuaca dingin kerana kawasan tinggi,dapat melihat di kawasan Lembang orang bela kelinci @ arnab dan teksi motor yg dipanggil "ojeg" yg membawa penumpang utk naik ke Tangkuban Parahu..bas berhenti kat kawasan pakir dan kami perlu menaiki angkutan utk ke kawasan kawah..ramai org berniaga di situ,menjual souvenir pada harga yg boleh ditawar..sampai je kat atas, Aqeel Zayyad tido kat dalam carrier,cuaca yg dingin dan selesa kat atas tu..dpt melihat kawah gunung berapi yg mengeluarkan wap sulfur,bau yg kurang menyenangkan tp tidak terlalu kuat..jalan² kat kawasan sekitar n beli souvenir skit..ade strawbeey kat sini,sedap gak rasanya..dalam jam 12.30 tengahari kami turun semula untuk lunch,sepanjang perjalanan dpt lihat kawasan penanaman teh, cam kat Cameron Highlands plak rasa..hehehe..Pak Iwan membawa kami ke restoran masakan Sunda,tgh lapar plak time tu..mmg masakan x perlu diragui kesedapannya..kami diberi air oren special,mmg sedap rasanya ilang terus rasa haus..dalam jam 2.00 petang kami bertolak menuju ke Jalan Setaibudi utk aktiviti menghabiskan duit lagi..hehehe..pertama-tama kalinya kami ke FO Natural yg mana bas kami berhenti disitu, daddy ngan mummy beli baju Hard Rock Cafe yg sama design..peeewiiittt...lepas tu kami pegi ke Rumah Mode,ramai btol org kat situ dan kami byk beli baju utk Aqeel Zayyad..dalam jam 6.30 petang kami menuju ke Toko 3 utk soping jeans,akhirnya dpt daddy beli Levi's Engineered Limited Edition..yeeeaahhhh!!terima kasih ngan mummy yg belikan utk daddy..lepas tu dalam jam 8.00 malam kami mencari tempat utk dinner,jalan sesak pada malam tu kerana mengikut kata Pak Iwan ramai orang Jakarta yg datang ke Bandung utk berlibur pada hujung minggu..kami makan di restoran Padang,walaupun kurang meminati tapi kami makan juga kerana rezeki jangan ditolak..restoran ini berhadapan dengan passaraya Giant,rasa bangga gak la dapat lihat perusahaan dr Malaysia berada di luar negara..lebih kurang jam 9.00 malam kami balik ke hotel utk berehat..lepas bersihkan diri,cam biasa lepas Aqeel Zayyad ngan mummy dh tido,daddy gi lepak The Rock Cafe ngan kengkawan..hehehe..lepas abis lepak, borak² ngan pak guard kat lobi kongsi cerita pasal Bandung..dalam jam 2.00 pagi kami masuk bilik n tido..hari ketiga Sabtu 30 May 2009,kami bangun sekitar jam 7.00 pagi,terasa malas nak bangun sebab suasana yg nyaman dan dingin, Aqeel Zayyad pon camatu gak..lepas mandi kami siap² barang sebab arini kami dh nak balik,yg lain stay lagi satu hari,esok daddy ade exam..hehehe(bleh lagi gi jalan² nak exam)..selesai semua barang dh kemas,kami gi breakfast,kali ni kami antara yg terawal gak,yg lain masih lagi kat bilik..dalam jam 8.30 pagi, kami menaiki bas,arini kami akan ke Pasar Baroe,satu tempat utk soping gak..setinggi 7 tingkat merupakan tempat utk soping barang² seperti telekung, kain dan segala macam pakaian dari kanak² hingga orang dewasa..dalam jam 12.00 tengahari kami gi lunch kat food court yg terletak kat tingkat 6,agak besar jugak food court kat situ..mummy order set makanan Sunda,1 bekas nasik utk 2 org, ikan Garume yg sedap ngan sayur..air daddy order Teh Botol mummy amik air strawberry..tiba² terdengar nama kami dipanggil melalui pembesar suara, Pak Iwan telah menunggu kami kat lobi utk dibawa ke airport..dalam jam 12.45 tengahari, kami menaiki teksi utk ke airport,terkejut jugak kerana teksi tersebut merupakan kereta Proton Wira..kami singgah sebentar di Toko Mayang Sari, tempat membuat dan menjual brownies..beli utk dibawa pulang kepada ahli keluarga dan kenalan utk merasai..samapi di airport,kami berpisah dengan Pak Iwan,terasa sayu plak bila berpisah sebab 3 hari bersama banyak pengalaman manis bersama dan ilmu yg dikongsi akan kami gunakan sebaik mungkin..setelah daftar diri,amik boarding pass dan uruskan bagasi kami lounge yang merupakan temapt makan dan lepak sementara menunggu masa berlepas..setelah hampir jam 3.15 petang kami menunggu di balai berlepas,dapat berita bahawa penerbangan kami lewat 30 minit sebab hujan turun..jam 4.00 petang kami menaiki pesawat..harap lepas ni dapat lagi kami untuk berjalan di Bandung..sampai di LCCT jam 7.00 malam,kak Mawar datang jemput dan terus bawa kami ke rumahnya,mama ngan papa telah sedia menunggu kepulangan anak serta cucunya,mereka sampai dari Penang petang td..setelah selesai makan malam di rumah kak Mawar, kami pulang ke rumah bersama mama ngan papa,sampai di rumah lebih kurang jam 11.00 malam..

Aqeel Zayyad

Alhamdulillah..setelah 5 bulan berkahwin, kami mendapat berita gembira bahawa isteri saya mengandung anak pertama kami..tidak tergambar kegembiraan dimuka kami tatkala melihat sendiri hasil ujian pengesahan mengandung yg dilakukan..bersyukur kehadrat Allah swt kerana memakbulkan doa kami utk memiliki cahaya mata hasil dari perkongsian hidup bersama..setelah melalui saat² berjalan, hari² berlalu, bulan² menyinsing, segala penat dan lelah sepanjang mengandung dan segala rintangan semasa proses bersalin, tepat jam 1.17 pagi 15 March 2009 bersamaan 18 Rabiulawal 1430 hari Ahad, isteri saya Jasteena Hanim selamat melahirkan putera kami yg cukup segala sifat ke dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri..terpancar kegembiraan dimuka kami berdua dan mengalir airmata kesyukuran saat melihat wajah putera kami..diberi nama Aqeel Zayad yg bermaksud Kecerdikan Semakin Bertambah kepada putera sulung kami..merupakan cucu pertama kepada kedua belah keluarga dan berharap ianya akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami..sentiasa berdoa kepada Allah swt agar Aqeel Zayyad membesar dgn sihat dari segi fizikal dan mental, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi orang yg beriman, mendapat didikan yg terbaik apabila besar kelak..perhatian yg sepenuhnya diberikan kepada Aqeel Zayyad sepanjang proses tumbesaran beliau dan kami seronok melihat gelagat, tingkah laku dan ragam yg ditunjukkan oleh Aqeel Zayyad..semoga kegembiraan kami berterusan bersama putera kesayangan kami ini..Amin yarabbialamin..

Wednesday, July 8, 2009

Honeymoon @ Phuket


Setelah selesai majlis perkahwinan, kami meneruskan perancangan yg telah dibuat utk berbulan madu di Phuket..pada 13 Februari 2008 jam 9.00 pagi kami telah bertolak dr rumah menuju ke LCCT..sampai terus daftar masuk pastu sarapan..tunggu kat balai berlepas jam 12.30pm,pesawat berlepas jam 12.45 tengahari dan kami sampai di lapangan terbang Phuket jam 1.00 ptg waktu Phuket (Thailand lewat sejam dr Malaysia, ikut waktu Malaysia jam 2.00 ptg)..naik van pelancong pegi ke travel ejen mencari tempat penginapan..kami berdua mmg gila..gi honeymoon x booked hotel ngan aktiviti kat sana..kat travel ejen kami pilih hotel dan aktiviti yg akan dilakukan sepanjang kami di sana..lama gak kami kat situ sampai jam 4.00 ptg waktu Phuket..pastu kami dihantar dgn kereta oleh travel ejen tersebut ke hotel kami di Patong Beach..kami sampai di Pacific Light Hotel jam 5.00ptg,rehatkan badan kat bilik yg cantik dan besar..sungguh selesa keadaan hotel yg kami duduk..pegi jalan² jap kat kawasan sekitar pastu jam 6.00 ptg org dr travel ejen td dtg jemput kami utk dibawa ke Phuket Fantasea yg terletak di Kamala Beach, mengambil masa 45 minit perjalanan dr hotel kami..Phuket Fantasea merupakan taman tema yg terunggul di Phuket, tidak rugi rasanya kami pegi ke situ..pakej di situ merangkumi tiket masuk, makan malam, pertunjukkan gajah dan harimau, teater kebudayaan dan taman haiwan..tidak perlu merasa was-was utk makan disitu kerana mereka memahami sensitiviti masyarakat Islam dgn mengasingkan dan menyediakan kawasan makan utk mereka yg beragama Islam dan makanan yg dihidang oleh mereka yg beragama Islam..setelah selesai segala pertunjukkan dan berjalan-jalan di situ, kami pulang semula ke hotel jam 10.30 malam..sampai di hotel lebih kurang jam 11.15 malam kami mandi dan terus tido setelah penat mengharungi perjalanan dan aktiviti utk hari pertama..Hari kedua 14 Februari 2008 kol 7.oo pagi kami bangun pastu siap2 nak gi island hopping..lepas breakfast dalam kol 8.10 pagi van dtg kat lobi jemput kami utk bwk ke jeti masuk ke Phang Nga Island..sampai kat jeti dlm jam 9.00 pagi terus naik bot, mula² bawak gi Panak Island,kat situ naik canoe lalu dlm gua..mmg best dan pengalaman yg x dpt dilupakan..pastu gi Hong Island sama gak aktiviti yg dilakukan..kami lunch kat atas bot,x perlu risau ttg makanan sebab pengusaha aktiviti Muslim dan anak² bot semuanya Islam..air free flow sama ada pepsi,mirinda ataupun mineral water..pastu kami gi James Bond island,jalan² ngan amik gambar je kat situ..naik bot diaorg bawak gi tempat mandi tgh laut..tanpa merasa segan silu sempat gak buat aksi akrobatik dr atas bot terjun ke laut..yeeeiiihhhaaaa!!!Dalam jam 3.30 petang balik semula ke jeti,sampai kat jeti lebih kurang 4.30 petang van telah siap sedia menunggu kami utk bawak semula ke hotel..sampai kat hotel rehat² jap pastu kami gi jalan² sekitar Patong Beach..permandangan yg indah kat Patong Beach..amik gambar sambil jalan berpinpinan tangan..hehehe..dalam jam 6.50 petang balik ke hotel pastu siap² utk candle light dinner kat Thru the Sea..mmg romantik sungguh suasana dan kami sempat request lagu "Wonderful Tonight"..makan seafood kat sini mmg puas..lepas makan kami gi jalan² area Patong Beach ngan Bangla Road, soping skit² pastu balik kami wat foot massage kat bawah hotel tu, mmg layan sampai nak tetido..pastu naik bilik kami trus tido..Hari ketiga 15 March 2008 kami bangun kol 7.00 pagi kami siap² pastu turun sarapan kat hotel..dalam jam 8.00 pagi van datang amik kami terus bawak ke Boat Lagoon, jeti untuk ke Phi Phi Island..lebih kurang jam 9.00 pagi sampai kat Boat Lagoon,mmg tempat kapal² mewah berlabuh kat situ..sempat amik gambar kat jeti berlatar belakang kapal² mewah..kami naik speed boat ke Phi Phi Island..kesian kat wife,dia x tahan boat menghempas ombak..1st kami gi Maya Bay wat snokerling pastu gi pantai amik gambar sambil lepak²..ramai btol orang kat Maya Bay..2nd kami gi tengok Pirate Cave, tempat pengambaran Pirate of Carribean..3rd kami gi Monkey Island,mmg banyak monyet kat situ..sempat bagi monyet makan ngan amik gambar..kami pegi lunch kat Phi Phi Island,dapat lihatkesan tsunami kat situ..mmg dahsyat melihat gambar yg terpampang kat situ..melihat kekuasaan Allah swt menginsafkan kami..last skali dlm trip nih kami gi snorkelling kat National Park..best tempat nih, pantai bersih dan ade tempat minum kat situ..ramai btol orang lepak kat sini..dalam jam 4.00 petang pulang semula ke jeti..borak² ngan driver van,dia seorang Muslim dan pandai cakap Melayu sebab pernah bekerja di Sarawak..sampai kat hotel dalam jam 5.30 petang,kami mandi² pastu kuar jalan² kat Patong Beach melihat matahari terbenam..suatu permandangan yg cantik dapat dilihat kat situ..dalam jam 7.30 malam,kami gi cari dinner restoran Muslim kat sekitar patong Beach, kami menaiki teksi motor yg bawak kami berdua dgn satu motor..mmg kelakar melihat aksi yg dilakukan tp itulah pengalaman utk kami..sampai kat restoran tomyam.kami order la makan utk 2 org, makanan kat situ sedap gak sebab masakan Thai yg biasa dimakan..lepas tu balik kami naik semula teksi motor yg bawak kami td ke hotel..jalan² lagi sekitar hotel mencari souvenir utk dibawa pulang..pastu kami buat foot massage kat tempat semalam sebab letih berjalan dan wat aktiviti seharian..pastu kami naik bilik,lepak tengok tv terus wife tido..aku gi lepak minum sambil tgk bola kat Tiger Inn kat depan hotel je..balik bilik dalam jam 1 pagi terus tido..Hari keempat 16 Februari 2008, kami bangun lewat skit dalam kol 9.00 pagi,pegi breakfast kat bawah pastu gi jalan² n soping² kat sekitar Patong Beach..wife buat rambut,tocang kecik² satu kepala..comeeeiiinyeeee!!Lepas tu kami balik bilik kemas² barang nak balik..teksi datang amik kami dalam jam 1.00 tengahari terus ke airport..sampai airport dalam jam 2.00 petang, daftar keluar, beli barang skit pastu lunch kat Burger King..jam 3.00 petang kami masuk ke balai berlepas,naik flight dalam jam 3.45 petang n berlepas dalam jam 4.15 petang..sedih plak rasa dah abis honeymoon kat Phuket..dalam flight kami terasa lapar lagi,order nasik lemak, maggi ngan air mineral..sampai kat LCCT dalam jam 6.15 petang,soping skit kat duty free pastu kami keluar..kak Mawar datang jemput kami ngan kawan dia dalam kol 7.00 malam..Sampai umah dalam jam 9.00 malam,mandi pastu kemas² barang..penat btol rasa badan..relax jap sambil tengok tv pastu kami masuk tido..

Wedding

Tarikh keramat bagi kami berdua 080208..setelah berjaya melafazkan akad nikah pada jam 3.30 petang bertempat di Surau al-Muttaqeem, Kampung Kastam, Butterworth, kami sah bergelar suami isteri setelah berkawan selama 3 tahun..aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang isteri yg memahami dan menerima diri ini seadanya tanpa memikirkan status, darjat dan kekayaan..dgn restu kedua-dua ibubapa, kami berharap perjalanan hidup sebagai suami-isteri bahagia selamanya..berharap asam garam kehidupan sebagai suami-isteri dapat dilalui dgn baik dan mampu menyelesaikan segala masalah secara toleransi..segala pesanan dan nasihat dari kedua-dua ibubapa akan sentiasa diingat agar menjadi panduan bagi kami melayari kehidupan ini..semoga Allah memberi hidayah dan rezeki kepada kami utk melalui kehidupan bersama-sama..semoga keseronokkan, canda-tawa, pahit dan manis dapat kami hadapi bersama hingga kehujung nyawa..

Here I am


Permulaan bagi aku utk memiliki blog sendiri..

Latar belakang: dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Hulu Langat..mendapat pendidikan awal hingga sekolah menengah di Hulu Langat..meneruskan pembelajaran ke Kolej Islam Melaka, Kolej Inpens, Multimedia University..masa zaman sekolah dh bekerja separuh masa utk mencari duit bagi perbelanjaan sendiri..abis study pada 2003 keje ngan salah satu syarikat telekomunikasi kat bahagian perundangan sampai sekarang..telah berkahwin pada 8 Februari 2008 dgn Jasteena Hanim Jamaluddin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Aqeel Zayyad yg lahir pada 15 March 2009 jam 1.17 pagi..sekarang menetap di kediaman sendiri di Ampang, Selangor..