Sunday, September 6, 2009

Ramadhan 1430

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Dari bait² lirik yg membawa erti kepada diri aku..yang mana aku bersyukur pada Allah kerana dapat jua aku menikmati ibadah puasa pada tahun ini..setelah berkahwin, ini merupakan kali kedua berpuasa bersama dengan isteri tercinta dan kali pertama setelah mempunyai cahayamata..Alhamdulillah,rezeki dari Allah pada tahun ini, aku dapat merasai suasana baru berkeluarga dan mempunyai kediaman sendiri..terima kasih kepada isteri tercinta yg sentiasa memberi dorongan dan membantu dalam segala hal untuk sama-sama mengecapi kehidupan yg indah ini..Aku sentiasa bersyukur dan berdoa kepada Allah agar apa yang dikecapi dapat dikekalkan untuk hari-hari mendatang bersama keluarga tercinta..Semoga ketabahan dan kesabaran kami melalui hari-hari berlalu dapat ditingkatkan dalam menjamin kesejahteraan hidup kami sekeluarga membesarkan putera sulung kami iaitu Aqeel Zayyad yg melalui proses tumbesaran..kami sibuk melayan karenah dan telatah putera kesayangan kami yang begitu mencuit perasaan tanpa mengira penat dan jemu serta mampu menghilangkan rasa penat seharian berpuasa..Ya Allah Ya tuhanku,aku bermohon padaMU semoga kebahagian kami ini berkekalan sehingga akhir hayat kami..amin ya rabbi alamin..

No comments:

Post a Comment