Sunday, December 20, 2009

Hari Keluarga Jubli Perak Taman Desa Raya


Taman Desa Raya merupakan tempat melahirkan mereka yang berjaya berfikir untuk agama, bangsa dan negara..Aku bangga berada di dalam kalangan mereka yang telah berjaya..Aku mengatakan demikian kerana memang mengikut putaran zaman yang silih berganti, dari yang tua kepada yang muda, tradisi yang ada tetap dikekalkan agar setiap mereka yang ada merasai kewujudan setiap penduduk yang menetap disitu tidak kira sama ada yang baru ataupun yang lama..walaupun aku telah berpindah keluar dari taman tersebut, tetapi ahli keluarga masih disitu, segala kenangan dari kecil hingga dewasa masih terpahat disitu..berjuta kenangan bersama rakan² seperjuangan masih mekar di dalam ingatan tatkala mengimbau kembali saat kami duduk bersama bercerita mengenai kisah hidup..itulah pengalaman yang telah mendewasakan kami yang berjaya merencanakan kehidupan kami pada hari ini dan hari² yang mendatang..maka dengan kesepakatan dari penduduk, maka timbul semula satu majlis yang telah sekian lama tidak diadakan di Taman Desa Raya..


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah swt, kerana limpah dan kurniaNya..dapat juga kami warga Taman Desa Raya menjayakan Hari Keluarga pada 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharam 1431 Hijrah, bertempat di Padang Taman Desa Raya majlis tersebut dilangsungkan.. bermula jam 5.00 pagi lagi, kaum ibu telah berada di surau untuk menyiapkan juadah untuk setiap yang hadir..ayam masak merah, dalca, pajeri terung, salad buah dan buah-buahan disediakan.. sekitar jam 8.00 pagi, keriuhan mula terdengar di kawasan padang, dengan kedatangan anak² kecil dan ibubapa mereka untuk mendaftarkan diri..andai dahulu melihat kelibat geng adikku begitu kecil berbanding kami, maka pada hari tersebut, mereka semua mampu memikul tanggungjawab sebagai urusetia bersama kami yang lain..tradisi inilah yang sering diperkatakan oleh penduduk yang lebih veteran, tidak akan terhapus tradisi ini di Taman Dessa Raya kerana permuafakatan yang terjalin dari setiap peringkat umur yang menetap di sini..aku berharap ianya akan diteruskan sehiangga generasi anaku kelak..berbagai acara untuk setiap peringkat umur diadakan dan penyertaan dari penduduk tidak menghampakan kami sebagai urusetia..begitulah semangat Tahun Baru Hijrah, yang mana mereka sanggup bersatu untuk memeriahkan majlis yang menyatu-padukan umat..sekitar jam 1.00 tengahari, majlis yang berlangsung meriah melabuhkan tirai..setelah menjamu selera dengan hidangan yang disediakan bersama menu istimewa iaitu kambing bakar, majlis sampai ke penutup..terasa sayu bila ianya telah tamat..aku memandang pada persekitaran dan berharap agar majlis seumpama ini dapat diadakan pada tahun hadapan..tidak perlu risau tentang persiapan, dana yang diperuntukkan, urusetia majlis atau apa juga permasalahan yang akan timbul kerana kami penduduk di Taman Desa Raya akan sentiasa berganding bahu untuk menjayakan sesuatu majlis..itulah semangat dari setiap penduduk agar keharmonian antara kami akan berkekalan..


Setelah berkemas,kami pulang ke rumah untuk merehatkan diri..jelas terpancar keriangan dari setiap yang hadir setelah tamat majlis tersebut..suasana seperti itu tetap menjadi sesuatu yang istimewa bagi mereka yang hadir termasuklah aku yang telah berpindah dari Taman Desa Raya yang merupakan satu tempat yang telah menjadikan aku seperti aku yang ada sekarang ini..agak susah untuk melihat permuafakatan antara penduduk taman, tidak kiralah sama ada taman itu besar ataupun kecil, berbanding di Taman Desa Raya yang sentiasa mengekalkan perhubungan antara satu sama lain, andai ada majlis pasti kami yang telah berpindah ini akan ikut serta selagi tidak ada urusan yang menghalang kami untuk menyertai..pengalaman inilah aku kongsi bersama dengan isteri dan anak untuk mereka lihat dan rasai tentang kehidupan bermasyarakat..pertemuan semula antara mereka yang telah lama tidak bersua..ada yang telah berkahwin dan berkeluarga, itulah asam garam putaran kehidupan..Aku berharap agar ianya akan kekal selagi jasad dikandung badan..

Wednesday, December 2, 2009

Lepak dusun @ Kg Gajah, Pasir Salak, Perak


Perancangan hampir setahun untuk merasai musim durian di Kg Gajah akhirnya tercapai..setalah mendapat kata sepakat dari kengkawan yang ingin turut serta maka pada 21 November 2009, kami telah merencanakan perjalanan ke sana. Seawal jam 7.45 pagi, Hasnoel dan isteri datang menjemput di rumah..sedih gak rasa tinggalkan bini dan anak kat umah..huhuhu..singgah jap kat umah mak Hasnoel utk amik anak mereka..sampai kat umah Idham dalam jam 8.00 pagi, kelihatan Panjang telah menunggu kami di situ..setelah meletak barang di dalam MPV Exora Idham, kami bertolak menuju lebuhraya..keluar tol Kota Damanasara utk menjemput Man yg telah setia menunggu di tepi jalan..masuk semula lebuhraya utk meneruskan perjalanan..singgah sebentar kat Hentian Rawang untuk mengisi petrol dan membeli sedikit makanan kerana belum sempat sarapan..cuaca mendung sepanjang perjalanan..kami keluar di Tol Bidor dalam jam 11.00 pagi, hujan renyai² di sana..kami menuju ke pekan Teluk Intan untuk menikmati Rojak Mastan Ghani dan bergambar kat Menara Condong..teruskan perjalanan ke Kg Gajah yang mana mengambil masa setengah jam..sampai di sana kami dapat melihat replika durian yang ada ditepi jalan menyambut kami untuk merasai durian yang ada di sana..dalam jam 1.00 tengahari kami sampai di rumah bapak mertua Hasnoel..selepas berkenalan dengan ahli keluarga, kami dijamukan dengan sedulang buah durian..kenikmatan durian kampung memang dirasai pada ketika itu dan kami berjaya menghabiskan sedulang durian yangtelah dihidangkan (btol² bernafsu makan durian..hehehe).. selepas merehatkan badan, kami memulakan perjalanan ke dusun untuk merasai pengalaman mengutip buah durian..sepanjang perjalanan kami dapat melihat orang kampung mengumpul durian ditepi jalan dan melihat keindahan suasana kampung apabila tiba musim durian..sampai di dusun, kami memulakan pencarian..walaupun banyak nyamuk namun kami tabah untuk mengutip buah durian yang telah gugur..Alhamdulillah rezeki kami berjaya mengutip banyak buah durian semasa di sana dan sempat menikmati hasil kutipan dan membawa pulang..setelah pulang kami membersihkan diri dan menikmati makan tengahari..tuan rumah menghidangkan berbagai jenis lauk, ada ikan sungai, udang, ayam, sayur kampung dan masak tempoyak..kami menikmati hidangan yang telah disediakan dengan begitu selera sekali..setelah makan, kami meneruskan operasi untuk mengutip buah rambutan pula..banyak juga buah rambutan yg berjaya dikutip untuk dibawa pulang..selepas itu kami merehatkan diri dan berborak dengan adik ipar Hasnoel, bapak mertua dan adik ipar telah memberi tambahan buah durian untuk dibawa pulang..penuh tempat letak barang dengan buah-buahan..dalam jam 5.00 petang kami telah bersiap untuk pulang..terasa begitu cepat masa berlalu dan diharap pada tahun hadapan kami dapat merasai suasana sebegini..jam 6.30 petang kami memasuki lebuhraya menuju ke KL..setelah menghantar Man di Kota Damansara, kami terus ke rumah Idham untuk mengambil kenderaan dan pulang ke rumah masing²..sampai dirumah, disambut oleh bini dan anak yang setia menunggu..setelah mandi aku masuk tido untuk merehatkan diri dan minda yang telah seharian menjalankan kerja..