Wednesday, August 5, 2009

Picnic @ Chamang


Hari Ahad 02 Ogos 2009, kami pergi berkelah kat Air Terjun Chamang di Bentong, Pahang dengan kengkawan opis mummy..Jam 6.45 pagi mummy ngan daddy dah bangun sebab kena siapkan sandwich ngan keropok ikan utk di bawa ke sana..makanan ni kena bawak sebab mummy yg volunteer nak buat utk gi picnic ngan diaorg semua..family lain ade bawak juadah masing²..Jam 8.30pagi, kawan mummy sampai umah untuk bawak kami sama² naik kete dia (perancangan awal utk sampai kat tol Gombak jam 8.00 pagi..hahaha)..kami singgah jap kat Stesen Putra Gombak untuk menjemput sorang kawan opis untuk ikut serta ke sana..sampai kat tol Gombak dalam jam 9.00 pagi,kami gerak terus ke Bentong sebanyak 3 bijik kete je..yg lain x dpt ikut serta sebab ade hal masing², yg ada seramai 15 org termasauk kanak² (mummy+daddy+Aqeel+Palen+Shaiful 1 kete..abg Bob+kak Wani+Nur+Aida+bibik 1 kete..Cikang+wife+Ryan 1 kete)..sampai di tol Bentong dalam jam 9.45pagi,kami singgah sebentar kat pekan Bentong untuk membeli keperluan untuk picnic nnt..sampai kat Air Terjun Chamang dalam jam 10.15pagi, kami terus mencari tempat yg sesuai utk lepak..blom mandi lg dh rasa kesejukkan kawasan sekitar..camne nak mandi nih??hehehe..lepas siapkan tempat, daddy ke xtvt seterusnya iaitu bawak Aqeel mandi sungai..yeeaaahhh!! Aqeel ngan Ryan pakai baju sama..comel btol diaorg mcm kembar plak tengok..hehehe..Aqeel dgn wajah tenang,x menunjukkan rasa takut dgn kesejukkan air sungai,melompat-lompat tatkala merasai merendamkan kaki..sebaik Aqeel suka mandi dan x takut air..semakin lama semakin ramai orang datang ke situ..setelah mandi,terasa lapar plak perut nih..makanan dan minuman telah terhidang utk kami, ada laksa kelantan, sandwich + keropok ikan (ni yg kami bwk sendiri..hehehe),junk food ngan air berkarbonat..lebih kurang jam 1.30 tengahari,lepas makan dan amik gambar, kami bersiap utk pulang..setelah mengemas kawasan yg diduduki, kami terus menuju ke kereta dan memulakan perjalanan pulang..singgah sebentar kat Hentian Rehat dan Rawat Genting Sempah,mummy nak makan McD..kami hanya beli kat kaunter pandu lalu sahaja sebab Aqeel tgh nyenyak tido..pastu kami teruskan perjalanan pulang..sampai kat tol Gombak dlm jam 3.00ptg,pastu kami hantar salah seorang kawan ke rumahnya kat Sri Rampai,dan kami terus pulang selepas itu..sampai kat umah dlm jam 3.45ptg, terus rehatkan diri..