Thursday, July 9, 2009

Aqeel Zayyad

Alhamdulillah..setelah 5 bulan berkahwin, kami mendapat berita gembira bahawa isteri saya mengandung anak pertama kami..tidak tergambar kegembiraan dimuka kami tatkala melihat sendiri hasil ujian pengesahan mengandung yg dilakukan..bersyukur kehadrat Allah swt kerana memakbulkan doa kami utk memiliki cahaya mata hasil dari perkongsian hidup bersama..setelah melalui saat² berjalan, hari² berlalu, bulan² menyinsing, segala penat dan lelah sepanjang mengandung dan segala rintangan semasa proses bersalin, tepat jam 1.17 pagi 15 March 2009 bersamaan 18 Rabiulawal 1430 hari Ahad, isteri saya Jasteena Hanim selamat melahirkan putera kami yg cukup segala sifat ke dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri..terpancar kegembiraan dimuka kami berdua dan mengalir airmata kesyukuran saat melihat wajah putera kami..diberi nama Aqeel Zayad yg bermaksud Kecerdikan Semakin Bertambah kepada putera sulung kami..merupakan cucu pertama kepada kedua belah keluarga dan berharap ianya akan lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami..sentiasa berdoa kepada Allah swt agar Aqeel Zayyad membesar dgn sihat dari segi fizikal dan mental, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi orang yg beriman, mendapat didikan yg terbaik apabila besar kelak..perhatian yg sepenuhnya diberikan kepada Aqeel Zayyad sepanjang proses tumbesaran beliau dan kami seronok melihat gelagat, tingkah laku dan ragam yg ditunjukkan oleh Aqeel Zayyad..semoga kegembiraan kami berterusan bersama putera kesayangan kami ini..Amin yarabbialamin..

No comments:

Post a Comment