Tuesday, May 4, 2010

Holiday @ KK


Sekian lama menyepi dr dunia blog nih setelah bercuti hampir 3 bulan dr kecederaan lutut yg memaksa utk melakukan pembedahan..Alhamdulillah keadaan semakin pulih tapi perlu menjalankan terapi susulan utk memperkuatkan kaki yg telah lama berehat dr melakukan sebarang aktiviti lasak..Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi rezeki kepada kami seisi keluarga utk bercuti ke Sabah pada 30 April 2010 hingga 3 May 2010..Perancangan yg telah dibuat pada bulan Oktober 2009 dgn menempah tiket penerbangan Malaysia Airlines yg mengadakan promosi tambang murah..setelah mampu utk berjalan semula tanpa menggunakan tongkat,aku sekeluarga bersama mak mertua berpeluang bercuti bersama ke Sabah..Jumaat 30 April 2010,pada jam 5.15am,kami telah bangun dr tido utk mandi dan bersiap ke airport..jam 6.00am,kami bertolak ke KLIA menaiki kereta yang dipandu oleh bapa mertua dan ditemani oleh adik iparku..kami menggunakan Maju Expressway kerana ianya lebih mudah dan cepat utk sampai ke KLIA..jam 7.00am,kami telah sampai kat terminal perlepasan KLIA,amik boarding pass & check-in beg..setelah itu kami semua bersarapan di sebuah restoran yang ada di dalam terminal tersebut..pada jam 9.05am,kami masuk kebalai berlepas dan ditempatkan di platform A5..jam 9.15am,kami dibenarkan utk menaiki pesawat MH2612 utk ke Kota Kinabalu dan pada jam 9.35am,pesawat pon berlepas dr KLIA,melalui pengumuman yg dibuat oleh kapten pesawat Boeing 737 ini kpd para penumpang bahawa perjalanan mengambil masa 2 1/2 jam ke KK..setelah hampir 30 minit perjalanan,putera sulung kami, Aqeel Zayyad melelapkan mata..kami dihidangkan dgn sarapan bagi yg telah disediakan oleh pihak MAS iaitu nasi lemak sambal udang or murtabak ayam + sepotong kek buah + coklat ferrero rocher 3 biji + air oren..mmg sajian yg terbaik telah disediakan oleh pihak MAS utk para penumpangnya..setelah lebih dr sejam perjalanan,putera sulung kami telah bangun dr tido..tidak banyak karenah yg dilakukan oleh Aqeel Zayyad sepanjang perjalanan..pramugari pesawat telah memberi mainan kpd putera sulung kami dan Aqeel Zayyad begitu seronok bermain dgn mainan baru tersebut..hampir jam 12.00pm,kami telah sampai di KKIA yg merupakan airport baru di Kota Kinabalu..selepas mengambil beg,kami bertemu dgn penyewa kereta iaitu En Remy di pintu keluar airport..kami telah membuat penempahan utk menyewa MyVi Auto dan En Remy telah memberi kami MyVi SE warna hitam no pendaftaran SAA5789R utk di bawa berjalan selama 4 hari di sana..kami memulakan perjalanan dari airport ke bandar KK,singgah di kawasan Likas utk makan tengahari..terkejut kami apabila dihidangkan semangkuk kecil sup kosong apabila makan nasi campur di sini..setelah makan,hampir jam 2.00pm kami memulakan perjalanan mengikut perancangan pertama kami ke Kundasang..kami singgah sebentar di stesen minyak Shell yg berdekatan dgn Universiti Malaysia Sabah..selepas itu kami meneruskan perjalanan dgn melalui Jalan Tuaran ke Tamparuli dan terus ke Kundasang..pada jam hampir 3.00pm,kami memulakan pendakian ke Kundasang dan hujan telah turun di awal pendakian kami dan jalan raya di situ tidak terlalu mencabar seperti melalui Tapah ke Cameron Highlands..hampir jam 4.00pm,kami sampai di Kinabalu Pine Resort,Kundasang,mmg cantik suasana di resort tersebut yg dikelilingi oleh pokok pine..setalah mendaftar masuk dan diberi kunci,kami ditempatkan di bilik P2 yg mana bilik tersebut sangat cantik permandangannya mengadap Gunung Kinabalu..sampai di bilik,kami merehatkan badan setelah menempuh perjalanan yg panjang..pada jam 5.30pm,kami bersiar-siar di kawasan resort,ade Rabbit House disitu..Aqeel Zayyad agak takut dgn arnab kerana itu kali pertama dia melihat arnab secara dekat dan selepas itu kami membawa Aqeel Zayyad ke playland yg disediakan oleh pihak resort..setelah itu pada jam 6.30pm,kami balik semula ke bilik,keadaan telah gelap pada waktu itu berbanding di KL yg masih cerah pada waktu ini dan kami bersiap utk makan malam..pada jam hampir 7.30pm,kami pergi makan malam di restoran yg berada di resort tersebut dan kami telah memilih tom yam seafood + ayam gajus + sayur campur..Aqeel Zayyad makan bersama kami kerana dia tiada masalah utk makan makanan yg agak kasar pada waktu ini..setelah makan kami balik semula ke bilik utk merehatkan badan dan tido..Sabtu 1 May 2010,pada jam 5.45am,akutelah bangun dr tido setelah dikejutkan oleh mak mertua utk melihat keindahan matahari terbit di sini..mmg sungguh teruja dapat melihat permandangan dan sangat mengagumi kebesaran Allah s.w.t dgn ciptaan-Nya..jam 7.00am,kami semua pergi sarapan yg telah disediakan oleh pihak resort..setelah sarapan kami balik semula ke bilik utk mengemas barang dan daftar keluar dari resort tersebut..terasa pantas masa berlalu,harap dapat menjejakkan kaki di situ lagi pada masa akan datang..selepas itu kami singgah di pekan Kundasang utk membli strawberry dan makanan ringan hasil produk penduduk tempatan..jam 9.30am,kami ke Kinabalu Park,bayaran masuk sebanyak RM3 utk dewasa dikenakan kpd pengunjung dan kami meneruskan perjalanan selama 10 minit ke Timpohon..setelah sampai di Timpohon,kami dapat melihat secara dekat puncak Gunung Kinabalu yg mana dari Timpohon hanya 8km utk sampai ke puncak..Timpohon merupakan tempat pendaftaran utk para pendaki masuk ke Kinabalu Park dan memulakan pendakian..selepas itu kami meneruskan perjalanan ke bandar KK..pada jam 11.00am,kami singgah di 1Borneo,yg mana ianya merupakan pusat membeli belah yg terbesar di KK..kami makan tengahari di situ dan bersiar-siar di dalam bangunan tersebut..setelah puas berjalan,kami meneruskan perjalanan utk mendaftar masuk ke hotel penginapan kami di bandar KK..pada jam 2.00pm,kami selamat sampai di Hotel Tabung Haji yg berada di daerah Sembulan dan berdekatan dgn Masjid Negeri..setelah mendaftar masuk dan diberi kunci oleh pihak hotel,kami masuk ke bilik dan berehat..pada jam 5.00pm,kami keluar dr hotel utk bersiar di bandar KK dan tempat dituju ialah Pasar Filipina yg banyak menjual aksesori..tempat tersebut merupakan syurga membeli belah oleh kaum Hawa yang mana menjual mutiara pada harga yg murah..keadaan di dalam yg agak sempit dan tidak selesa bagi mereka yg membawa anak kecil..selepas bersoping,kami ke kawasan belakang pasar tersebut yg mengadakan pasar malam menjual pelbagai jenis makanan..dan kami memutuskan utk makan malam di situ kerana ada menjual makanan laut di bakar..kami memilih ikan bakar + sotong bakar + udang bakar + rumpai laut segar + air kelapa muda sebagai juadah makan malam..setelah kenyang,kami dihubungi oleh sepupu kepada isteri yg menetap di sana dan kami berjumpa dihadapan pasar Filipina bersama keluarganya..selepas itu kami pulang ke hotel utk merehatkan badan dan tido kerana keesokkan harinya ada lg aktiviti yg menanti kami semua..Ahad 2 May 2010,jam 6.30am kami telah bangun dari tido dan bersiap utk melakukan aktiviti yg telah dirancang..pada jam 7.30am,kami sampai di Jalan Gaya dan singgah kat Sunday Market,byk benda dijual di situ dan sekali lagi ianya tempat bersoping sakan kerana menawarkan harga yg lebih murah berbanding ditempatkan lain di bandar KK..selepas bersoping,kami meneruskan perjalanan ke jeti utk ke pulau..kami sampai di Jesselton Point pada jam 9.30am yg merupakan jeti utk para pelancong menaiki bot @ feri ke pulau Gaya, Manukan, Mamutik, Sapi, Sulug dan Labuan..setelah memilih pakej utk ke Pulau Manukan dan Sapi kami membeli tiket utk menaiki bot dgn harga RM37 seorang dan perlu menambah utk cukai jeti sebanyak RM6 seorang..jam 10.00am bot memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Pulau Manukan yg merupakan Taman Tunku Abdul Rahman yg mengambil masa selama 20 minit dr jeti..sungguh cantik permandangan dan laut di situ,kami mandi dan snorkeling selama berada di Pulau Manukan..Aqeel Zayyad begitu teruja melihat ikan dan sempat memberi ikan makan dari atas jeti..jam 12.00pm kami menaiki bot utk ke pualu seterusnya iaitu Pulau Sapi..perjalanan selama minit dari Pulau Manukan..AqeelZayyad yg begitu teruja mandi laut walaupun cuaca agak panas pada waktu itu..setelah mandi kami bersiap utk pulang semula ke Jesselton Point..kami singgah makan tengahari kat Restoran padang yg berada di kawasan jeti..setelah makan,kami pulang ke hotel utk merehatkan diri..pada jam 6.00pm,kami bersiap utk makan malam,kali ni kami pergi ke Gayang Seafood Restoran yg mengambil masa selama 20 minit dr bandar KK..sampai di sana jam 7.oopm,kami terus memilih seafood yg masih hidup utk santapan makan malam kami..malam ni teringin nak makan lobster & soft crab dan kami memilih baby kailan utk juadah makan malam..setelah makan kami pulang ke hotel utk rehatkan diri dan tido kerana seharian melakukan aktiviti..Isnin 3 May 2010,jam 6.30am bangun dr tido,wife & Aqeel Zayyad nyanyi lagu Happy Birthday utk aku bila aku terjaga dr tido..hari ini genap umur aku 28 tahun,semoga dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki,sihat tubuh badan utk melakukan kerja seharian,dipanjangkan jodoh bersama isteri dan anak serta keluarga..aminnn..hari ini merupakan hari terakhir kami berada di KK,so pagi ni kami akan ke pasar filipina utk bersoping kali terakhir..jam 8.30am kami pergi sarapan kat depan pasar filipina,merasa gak kami utk makan roti canai & nasi lemak di KK dan selepas itu kami teruskan aktiviti utk menghabiskan duit..beli butang baju melayu mutiara, gelang tangan dan rantai utk ahli keluarga dan kawan²,sempat beli udang kering & kuih cincin utk dibawa pulang..setelah puas bersoping,kami pulang ke hotel pada jam 11.00am utk mengemas beg & barang²..jam 1.00pm kami dafatar keluar dan makan tengahari kat area Sembulan..sampai kat KKIA jam 2.30pm,pulangkan semula kereta kepada En Remy,kami terus masuk ke terminal..sempat lg beli sikit seafood utk di bawa pulang dan selepas itu kami mendaftar masuk dan amik boarding pass..sementara menunggu flight jam 5.30pm nnt,kami lepak kat McD di kawasan terminal..jam 5.05pm,kami masuk ke balai berlepas platform A5 utk menaiki pesawat MH2617..kami menaiki pesawat Airbus 330 yg lebih besar dari sebelumnya utk ke KLIA..jam 5.35pm pesawat memulakan perjalanan ke KLIA..selepas setengah jam perjalanan,Aqeel Zayyad pon terlelap..penerbangan balik ni,pihak MAS menyediakan makan malam iaitu nasi lauk ayam @ ikan + buah tembikai + coklat kit kat + air mineral..sekali lagi pujian kepada pihak MAS kerana menyediakan perkhidmatan yg terbaik utk para penumpang..kami sampai di KLIA jam 8.00pm dan adik ipar telah sedia menunggu kami utk di bawa pulang ke rumah..kami singgah makan malam di Kajang dan selepas itu kami menuju ke rumah..jam 10.30pm kami selamat sampai di rumah,terasa begitu lama meninggalkan rumah..setelah mengemas beg & mandi,kami pon rehatkan diri dan tido kerana keesokkan harinya kami perlu bekerja seperti biasa..

No comments:

Post a Comment